3 TIPS BERGUNA UNTUK BISNES YANG BARU NAK UP!

3 TIPS BERGUNA UNTUK BISNES YANG BARU NAK UP!

Jika kita lihat pada zaman sekarang, ramai peniaga baru yang cuba memulakan bisnes mereka sendiri NAMUN tidak kekal lama.

KENAPA?

Hal ini terjadi atas beberapa sebab seperti;

– Memerlukan pengorbanan masa dan tenaga yang terlalu tinggi.

– Ilmu yang tidak mencukupi berkenaan bisnes yang diceburi

ATAU

– Lain-lain lagi.

 

Menjadi usahawan yang berjaya bukan lah semudah ABC. Oleh itu, terdapat beberapa tips berguna yang boleh dikongsi dan dipraktikkan ke dalam bisnes anda dan ianya juga sesuai digunakan untuk bisnes yang baru nak mula.

 

Antaranya:

1. Branding

Perkara asas yang peniaga perlu tahu dan praktikkan ke dalam bisnes mereka. Tidak kira sama ada anda adalah vendor, stokis, ejen mahupun dropshipper, anda perlu mempunyai jenama produk anda sendiri. Ini akan membuatkan prospek lebih percaya dan yakin terhadap bisnes anda.

Chopp! Ada lagi… Logo yang diguna juga haruslah memudahkan prospek untuk mengingati brand anda.

Seterusnya…

 

2. Pemasaran

Merupakan perkara yang penting di dalam bisnes namun seringkali diabaikan. Sekiranya anda ingin mengembangkan bisnes anda, pemasaran perlulah dibuat sepanjang masa tanpa henti.

Saya juga adalah salah seorang peniaga baru dan nak berjinak-jinak dalam bisnes, jadi saya hanya fokus pemasaran produk saya dengan cara online sahaja. Hal ini kerana ia lebih jimat, lebih efektif, dan mudah untuk mendapat capaian yang lebih tinggi sekaligus membina kepercayaan dengan prospek.

Salah satu cara yang saya telah praktikkan ke dalam bisnes saya adalah dengan mempelajari e-book dari The New Lubuk Shopping China iaitu LUNA X. Terdapat pelbagai ilmu pemasaran yang mudah dan berkesan untuk peniaga baru.

Akhir sekali.

 

3. Networking

Rangkaian ataupun “Networking” juga adalah salah satu perkara penting di dalam bisnes. Hal ini kerana ia boleh menghubungkan anda dengan bakat yang berpotensi, pakar industri, dan peluang bisnes baru atau sedia ada yang anda mungkin tidak sedari.

Selain itu, rangkaian yang kuat juga boleh menjadi sumber motivasi dan sokongan semasa memulakan dan membangunkan bisnes baru yang penuh dengan kesukaran dan cabaran. Networking mungkin tidak diperlukan sangat pada awal bisnes, namun ianya sangat berguna untuk perkembangan bisnes di kemudian hari.

KESIMPULANNYA, setiap bisnes baru, tidak kira besar atau kecil akan memerlukan asas perniagaan bisnes yang kukuh untuk berjaya. Dan semuanya boleh diperolehi di Lubuk Shopping China.

MAKLUMAT LANJUT LUNA X  >>KLIK DISINI<<

  • Belajar borong 100% online dari China + Asas Bisnes Online + Asas Pemasaran Online
share kepada rakan anda...Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Email this to someone
email
Print this page
Print

admin

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk berkongsi manfaat kepada usahawan lain. Ruangan ini menempatkan nasihat, buah fikiran, usaha, cara, tips dan panduan hasil lintasan di fikiran serta pengalaman penulis untuk di manfaatkan bersama para pembaca.
Close Menu