Al Khawater

  • Post author:
  • Post category:Cerita

Padi_di_Bukit_Mertajam

Introduction
This program is arabic programme that show us many things about Dunia & Akhirat. You can get something new when you see this channel. We can see this at channel 106 ( Astro Oasis ) jam 1800H – 1900H (+8 MY ).

Content

1. 14DISEMBER2013
Harini mula tengok cerita ni lambat sebab ade hal lain. Actually dah tengok cerita ni lame dah sebelum-sebelum ni, tapi kali ini baru terfikir nak kongsi kepada orang lain yang mungkin tak sempat tengok. Mungkin boleh juga dibuat sebagai bacaan santai teman-teman ku yang lain. Antara topik yang diketengahkan pada kali ini adalah seperti berikut :

  • Kreativiti dan Kejayaan Bermula dari ilham (1%) dan Usaha (99%).
  • menulis
  • mesin kiosk sandwich
  • Baju
  • kepentingan hanya 1 nombor kecemasan
  • kepentingan pengetahuan kecemasan : contoh CPR

Kreativiti dan Kejayan Bermula dari ilham (1%) dan Usaha (99%)
Setiap orang pasti pernah berangan-angan ( Ilham ) kan? setiap idea-idea kreatif yang kita fikirkan itu semuanya bernilai jika kita tahu manfaatkan sebaik mungkin. Di sini dinyatakan hanya 1% sahaja daripada ilham/idea tersebut manakala untuk mendapatkan kejayaan, individu tersebut hendaklah melaksanakan (usaha) idea itu. Di dalam siaran al-khawater kali ni, di ceritakan contoh pemuda yang berjaya dengan usahanya tu. Antaranya boleh baca tentang sub-cerita dibawah ( Menulis, Mesin Kiosk Sandwich, Baju )

Menulis
Seorang wanita arab berumur 20 tahun ni tahu English dan untuk menyebarkan dakwah, she write one book bertajuk “NOT ME”. Dia memberi pendapat dan pandangan peribadi beliau di dalam buku tersebut. Dek kerana dia tulis buku dalam English, dan bukannya bahasa ibundanya (Arabic), beliau mendapat banyak tentangan kerana tidak martabatkan bahasa ibundanya. Dia juga tegaskan disini, dia tahu English, dan mesej dalam bukunya itu hanyalah kepada pihak barat semata. Kalau dia tulis dalam Arabic Language, orang barat mungkin tidak akan baca bukunya itu, dan mesej tu takkan sampai kepada targetnya. Itulah kisah anak muda arab yang pertama menulis untuk menyampaikan dakwah. ( Kat mana la buleh dapat buku tu, nak baca jugak untuk muhasabah diri).

Kisah Penulis kedua. Seorang anak muda berumur 26 tahun menghasilkan buku compact. Ada 4 buku kecil untuk bacaan santai yang dihasilkannya. Sekali lihat macam comel je. Menarik!. ada 4 kaler dan dibubuh dlm 1 bekas. Saiznya macam flash card untuk ajar Alif Baa Taa je. Tak sangka plop boleh publish buku macam tu sebelum ni. This young man and women have make thier creativity & make thier Dream to be reality untuk hasilkan buku dan menyebarkan ilmu.

Sesungguhnya setiap amalan pahala kita akan tersekat apabila kita mati kecuali, doa dari anak yang soleh, ilmu yang di ajarnya/disebarkan semasa hidup, harta sedekah yang bermanfaat…

Mesin Kiosk Sandwich
Seorang pemuda yang mendapat idea hasil pemerhatiannya. Beliau bekerja di satu pejabat yang besar dan dia minat memasak. Dia melihat kebanyakan staff ada yang tidak turun makan kerana sibuk dan jauh jika nak membeli makanan. Jadi dia melaksanakan satu tuntutan fardhu kifayah dan memudahkan orang lain dengan mencipta Mesin kiosk Sandwich. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Selari dengan minatnya memasak, sekarang dia sudah mampu menambah sehingga enam kiosk. Idea(1%) kreatifnya ini telah berjaya, hasil dari usaha(99%)nya dan berkat kesabarannya. Dan kini Dia boleh digelarkan sebagai usahawan berjaya kan kan kan.

Baju
Seorang pemuda yang berdakwah melalui Baju. Kenapa baju? baju sentiasa di pakai oleh setiap orang, orang akan melihat baju orang lain kan. Pemuda Arab ni terfikir idea kreatif ini dengan cuba mencipta fesyen baru untuk umat islam. Setiap logo, gambar, dan tulisan dibaju akan memainkan peranan penting sebagai individu muslim. Betul tak? Jika apa yang kita pakai ada unsur-unsur haram seperti Image syaitan (MU) , Logo pengeluar Arak dan seangkatanya, Solat kita tidak sah. Oleh yang demikian, pemuda ini telah membuat perubahan dengan design mesej positif pada baju yang dihasilkannya. Antaranya berkaitan Akhlak, Keimanan dan nilai-nilai yang baik dalam bentuk logo dan gambar. ( Cantik weh, baju-bajunye ).

Kepentingan hanya 1 Nombor kecemasan
Kat negara arab tak laksanakan lagi hanya satu sahaja nombor kecemasan. Apa kepentingan 1 satu sahaja mewakili nombor kecemasan? hal ini kerana, pada waktu kecemasan seperti kebakaran dan ade orang cedera terbakar, nak hubungi bomba ke atau ambulans?cedera terbakar tu. Apa nombor telefon ambulans?apa nombor telefon bomba?adakah anda ada simpan nombor kecemasan atau sudah hafalnya? dah jadi masalah disitu dan mungkin akan menyebabkan mangsa kehilangan nyawa.

Jadi, mesej disini adalah untuk menyarankan :

  • simpanlah nombor kecemasan didalam hp atau dalam dompet anda.
  • cuba hafal no kecemasan.
  • didik gologan muda tentang kes kecemasan, apa yang patut dibuat sewaktu kecemasan.
  • ingat, perkara yang paling hampir dengan kita adalah kematian, perkara yang paling jauh adalah masa lalu. fikir-fikirkan.

Kepentingan Pengetahuan Kecemasan : Contoh CPR
Bilakah waktu kecemasan? ianya terjadi apabila melibatkan hal nyawa, keselamatan dan sesuatu yang berharga. Di siaran al Khawater ini membuat lakonan tercekik makanan dan melihat apakah riaksi dan tindakan orang sekeliling di ruangan hotel tersebut. Lakonan ini hanyalah semata-mata untuk memberikan kesedaran tentang Kepentingan pengetahuan Kecemasan. Berbeza mengengai lakonan lain-lain yang pihak barat selalu buat seperti hanya untuk mengejek dan buat lawak (cth: the funny lough) lebih kepada hiburan kosong.

Setiap insan/manusia adalah Khalifah di muka bumi ini. Kita bertanggungjawab terhadap apa yang disekeliling kita. Kelak kita akan disoal mengenainya.

Jika tak tahu, Bertanyalah, Belajarlah, Carilah.
Allah menilai usaha yang kita lakukan. Moga Istiqamah.

SHARE KNOWLEDGE, MAKE IT HAPPEN.

Hasil Nukilan,
Mohd Nazri Othman
15DISEMBER2013|1000H

admin

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk berkongsi manfaat kepada usahawan lain. Ruangan ini menempatkan nasihat, buah fikiran, usaha, cara, tips dan panduan hasil lintasan di fikiran serta pengalaman penulis untuk di manfaatkan bersama para pembaca.