Edit Gambar untuk jadikan ber tulisan quotes secara mudah

Edit Gambar untuk jadikan ber tulisan quotes secara mudah

Salam, dan hai apa kabar?

Selalu saya lihat di instagram seperti @thegoodquote @addicted2success memaparkan gambar quote menarik dan cantik serta ayat motivasi berkualiti tinggi. Kadangkala ada juga quote yang bagus tapi gambar yang digunakan tidak menepati ‘batas aurat’.

Masalah kedua adalah dari segi bahasa. Bahasa yang digunakan adalah English. Hanya pembaca yang tahu dan faham bahasa English sahaja sampai makna ayat di gambar quote tersebut.

Oleh yang demikian, saya mencari jalan cara untuk membuat dan hasilkan gambar quote berkualiti tinggi dan saya boleh masukkan sendiri ayat ke gambar tersebut dengan cara yang mudah.

Akhirnya saya ditemukan dengan tool dari buffer.com iaitu bernama Pablo. Saya dah hasilkan beberapa belas setakat ini gambar quote di instagram saya @nazridotmy menggunakan Pablo ini. Ianya Percuma dan Mudah sangat nak guna.

Di pablo terdapat lebih 600,000 gambar yang menarik dan cantik. Search sahaja di situ dan terus tambahkan ayat quote yang anda inginkan. Boleh juga masukkan logo anda jika mahu.

Jadi diharap perkongsian ini dapat memudahkan anda membuatkan membuat gambar ber quote lebih banyak lagi terutamanya nasihat, motivasi dan dakwah.

Ikuti tutorial ringkas berdurasi 3 minit di youtube channel saya ini tentang cara menghasilkan gambar quote menggunakan Pablo.

Jom sama-sama hasilkan quote positif yang dalam bahasa melayu serta terjaga batas ‘aurat’.

Sekian terima kasih.

Nazridotmy

kecik-kecik seorang pendiam

share kepada rakan anda...Share on Facebook
Facebook
5Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Email this to someone
email
Print this page
Print

admin

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk berkongsi manfaat kepada usahawan lain. Ruangan ini menempatkan nasihat, buah fikiran, usaha, cara, tips dan panduan hasil lintasan di fikiran serta pengalaman penulis untuk di manfaatkan bersama para pembaca.
Close Menu