Email marketing

Hi semua,

Maaf lambat update.

Selamat tahun baru 2018.

Moga kalian lebih berjaya dan dimurahkan rezeki untuk tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

Dalam post kali ini saya akan kongsikan dengan anda mengenai email marketing.

Anda pernah dengar email marketing sebelum ini?

Email marketing merupakan salah satu proses pemasaran melalui email.

Untuk pengetahuan anda juga, sebelum wujudnya laman sosial sekarang seperti facebook, instagram, whatsapp, wechat, telegram dan lain-lain, medium email adalah satu laman sosial. Ramai berhubung dan bersosial melalui email. Email juga antara laman sosial terawal diwujudkan.

Mengikut hasil dari pembacaan dan kajian tak langsung saya, email sentiasa relevan digunakan dan akan tetap digunakan kerana hampir setiap orang memerlukan alamat email bagi mendaftar satu-satu akaun pengguna di atas talian.

Teknologi email ini sentiasa digunakan dan sehingga kini tidak ada tanda-tanda ianya akan pupus seperti teknologi kaset, dan piring hitam untuk mendengar lagu.

Medium email ini adalah tempat menyampaikan maklumat. Maklumat dihantar dari pihak penghantar kepada pihak penerima. penerima boleh membalas email dengan menghantar kembali maklum balas. Juga melalui email. Penghantaran email adalah percuma sahaja. Tanpa had. Dengan ini ianya cukup mudah dan sesuai untuk semua.

Langkah mudah untuk memulakan bisnes affiliate dan menggunakan email marketing sebagai based marketing promotion adalah dengan cara berikut :

1. Hasilkan satu PDF fail untuk diberikan secara percuma. Maklumat terkandung didalam pdf tersebut boleh di hasilkan dengan merujuk google. ceritakan detail mengenai produk affiliate yang anda nak jual/pasarkan itu. Tujuan hasilkan pdf percuma ini adalah untuk kumpulkan targeted prospek kelak.

2. Langgan Autoresponder(tool email marketing) dan bina kempen khas dalam autoresponder anda itu.
Kempen khas ini berkaitan produk affiliate yang anda nak promosikan itu. Kempen ini untuk menarik prospek dapatkan pdf fail percuma yang telah anda buat di langkah sebelum ini.
Contoh Autoresponder terbaik dan ramai internet marketer gunakan : Aweber & Getresponse

3. Bina email-email follow up di autoresponder anda. Email-email ini berkaitan kempen khas yang anda buat berkaitan produk affiliate itu. Tujuan email follow up ini adalah untuk bantu anda follow up propek 24 jam tanpa anda perlu setup lagi dikemudian hari. Bermakna sistem autoresponder anda bantu hantarkan email kepada prospek secara automatik. Jadi anda akan jimat masa.
Jika tak tahu nak tulis, dapatkan panduan percuma ini( 45+ email content templates: what to write dari Aweber)

4. Sediakan ruangan Opt-in Form. Untuk prospek isi nama dan alamat email mereka bagi menerima pdf fail daripada anda. PDF fail itu anda akan hantar kepada prospek berminat melalui medium email. Jadi setelah mereka selesai mengisi maklumat email dan nama di Opt-in form, mereka akan mendapat email-email follow up daripada anda. Form ini boleh di generate terus melalui sistem autoresponder anda secara mudah.

5. Bina Trafik ke Opt-in Form anda. Ramaikan pelawat ke website yang ada opt-in form anda. Tujuan adalah untuk mengumpul prospek yang betul-betul memerlukan pdf free anda itu. Lebih ramai pelawat yang lihat Opt-in form anda, lebih ramai yang akan isi butiran nama dan email. Jadi lebih tinggi targeted prospek dan bakal pembeli produk affiliate anda.

Jadi 5 langkah diatas dapat dirumuskan sebagai langkah-langkah yang ramai internet marketer gunakan untuk membuat jualan melalui email. Atau nama famousnya melalui teknik email marketing.

langkah ini dikupaskan secara mudah untuk memudahkan anda faham secara keseluruhan perjalanan proses email marketing. Untuk teknik dan gaya penulisan email marketing, anda boleh pelajari lebih mendalam di mana-mana kelas anjuran guru-guru yang lebih mahir.

Sekian saja perkongsian kali ini.
Moga anda dapat sedikit manfaat dan sebarkan jika anda rasa bermanfaat juga untuk rakan-rakan anda.

Jumpa lagi di post akan datang.
Terima kasih.

Bonus untuk anda yang baca sampai sini.
Lihat infografik oleh Getresponse ini.
Step dan cara guna autoresponder diterangkan dalam bentuk infografik mudah :

share kepada rakan anda...Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Email this to someone
email
Print this page
Print