Jenis permulaan bisnes atas talian – bisnes online

Jenis permulaan bisnes atas talian – bisnes online

Salam hormat,

Apa khabar?

Kali ini saya nak kongsikan jenis perniagaan online yang ada untuk orang yang baru nak mula berniaga.

Sekarang ini sudah terlalu banyak produk dan service (perkhidmatan) yang disediakan di internet. Iklan mereka tidak perlu cakap lah, banyak sangat.

Macam kita yang baru nak mula ini, nak mula bagaimana? Bisnes jenis apa yang paling sesuai dengan kita? Berapa hasil pendapatan yang bakal kita dapat apabila berjaya buat jualan kelak?

Saya akan kongsikan di bawah ini :

Jenis perniagaan yang selalu orang buat sekarang ni,

  1. Dropship : Promosikan produk fizikal orang lain. 
  2. Affiliate : Promosikan link produk orang lain.
  3. Ebook : Buat ebook dan jual. 

Bisnes mane yang sesuai dengan kita;

Kita boleh pilih salah satu daripada tiga jenis contoh yang dinyatakan diatas. Dan terus buat marketing.

Segalanya bergantung pada diri anda sendiri. Anda minat apa? Daripada minat anda tu, pilih jenis perniagaan yang nak anda buat.

Buat bisnes yang kita minat, jika tak kita akan mudah putus asa. Jangan tiru-tiru orang lain, yang kita tak minat.

Ketiga-tiga jenis perniagaan di atas, boleh dipelajari. Sudah banyak panduan cara nak mulakannya. Ada yang berbayar, ada yang percuma.

Hasil pendapatan jika berjaya buat jualan kelak;

Setiap jenis perniagaan yang saya beri contoh di atas berbeza dari segi margin jualan. Harga seunit juga berbeza. Sebolehnya cari produk atau service yang mudah dijual dan bawah RM100 seunit. Kerana lebih mudah dan cepat anda rasai keuntungan dari bisnes online ini.

Perkiraan target jualan kalau boleh kita kira unit jualan yang kita nak jual, bukan berapa RMxxxx yang kita nak. 

Lebih banyak unit yang terjual, lebih ramai orang yang dapat manfaat dari service / produk yang anda jualkan tu, lebih ramai yang anda bantu.

Perniagaan sebenarnya wujud hasil dari produk / service yang bantu menyelesaikan masalah orang tu.

All the best. Semoga perniagaan dan usaha kita untuk berniaga dapat bantu lebih ramai orang.

Sekian, terima kasih.

share kepada rakan anda...Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Email this to someone
email
Print this page
Print

admin

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk berkongsi manfaat kepada usahawan lain. Ruangan ini menempatkan nasihat, buah fikiran, usaha, cara, tips dan panduan hasil lintasan di fikiran serta pengalaman penulis untuk di manfaatkan bersama para pembaca.

This Post Has One Comment

  1. Sy suka buss online….Tp skrg wujud bnyk shopping online yg mnyebabkn kedai2 tidak brp laku sbb hrga di shopping online like shoppee, lazada dan sbgnye lgi murah…lgi pon ini zaman it…semua d hujung jari…
    So…sedikit frust n rse down utk mnjual…

Comments are closed.

Close Menu