Kisah saya dengan dunia it

salam hormat.

Saya telah minat dalam dunia it sejak kecil lagi.

Kisah bermula seingat saya sejak tahun 1998 lagi. Ketika itu saya berumur 8 tahun.

Abang saya telah membeli satu pc dan letak di rumah. Untuk kegunaan belajar dan tugasan kerja beliau. Model dell, pentium intel celeron. OS hanya windows 98. Internet guna kabel telefon rumah line tm sewaktu tu. Jika buka internet, telefon rumah langsung tak boleh guna.

PC tu cukup laju pada ketika itu. Maksud saya pada zaman itu lah. Itu lah permulaan saya kenal teknologi. Sudah tahu apa itu keyboard untuk menaip, mouse untuk klik-klik dan gerakkan coursor, tahu mirc untuk ruangan chating, email gmail, yahoo, bing, dan banyak lagi.

Pendedahan itu tidak terhenti disitu, dilanjutkan lagi ke sekolah. Tingkatan 123, didedahkan dengan subjek ict, kerja kursus untuk geografi dan  kajian tempatan juga perlu disiapkan menggunakan microsoft word.

Seingat saya, sewaktu tingkatan 3, cikgu majidah, atau arwah cikgu zahilah cari pelajar untuk jadi peserta ke beberapa program kursus dan pertandingan. Saya antara yang berminat nak ikut sertai. Alhamdulillah diberi peluang. Antara program yang telah saya terlibat adalah:

  • Program programming anak perak, bertempat di UTP. Disini saya didedahkan dengan java programming. Pertama kali menghadap coding. Menggunakan Netbean. Beberapa bulan setelah kursus tersebut, peserta diminta membuat program(apps) untuk masuk pertandingan. Alhamdulillah kumpulan kami dapat tempat kedua dalam negeri perak. Masih bertempat di UTP..Yeay..
  • Robotic. Kerjasama antara Lego, Sasbadi dan KPT. Kami didedahkan belajar guna lego, untuk buat lego. Untuk programkan sensor di lego supaya jadi robot. Mungkin nampak mudah. Tapi memerlukan ketelitian. Setiap device perlu di setup. Juga menggunakan komputer. Sekolah beli set lego robot ni untuk masuk pertandingan. Alhamdulillah hanya berjaya tempat ke 10 sahaja. Terima kasih cikgu bagi peluang kepada kami. Pengalaman itu sukar untuk saya lupakan.
  • Jadi pembantu tak rasmi di makmal komputer. SAC. School Access Center. Nama makmal tu. Saya rapat dengan Sir Riduan Ahmad. Beliau banyak kongsi pengalaman dengan saya. Keyakinan untuk berbahasa inggeris dalam bertutur juga saya banyak ikut panduan dari beliau. Sekarang Sir dah tak mengajar di sekolah dah. Sudah bertugas di KPM sebagai Penyelaras bahasa. Peluang sebagai pembantu di makmal tu saya manfaatkan sebaik mungkin untuk godek-godek tentang dunia IT. Lebih kepada teknikal. Asas komputer dan internet saya dah mahir ketika ini.

Itu 3 perkara yang secara tidak langsung menjadikan saya bertambah minat kepada it.

Saya ketika itu sudah bercita-cita nak masuk sekolah teknik, supaya dapat masuk aliran IT dan terus ke CIAST di selangor. Namun, mak tak bagi. Sekarang baru saya faham kenapa mak tak bagi. Faktor kewangan. :'(

Saya teruskan belajar seperti biasa sehingga tingkatan 5. Bercita-cita nak masuk matrik supaya dapat masuk aliran sains dan sambung belajar di universiti dalam bidang IT. Sekali lagi hampa. Matrik tak dapat. Saya tak layak. Hihi.

Saya cuba juga mohon IPG. Untuk belajar dan jadi guru ICT. Tapi tak dapat jugak. Exam tak lepas kot. Ahaks.. Jawab exam kat sekolah kat teluk intan time tu..saje nak bagitau..

Jadi setelah semua tak dapat, saya sambung tingkatan 6 di jalil. Muka saya lagi si sekolah tu. Masuk tahun ke 6 di sekolah tu. Ape kau rase? Haha. Tapi cuma  beberapa minggu sahaja di sekolah itu. Disebabkan ada tawaran dari JPN, mengatakan kelas tingkatan 6 di ipoh(sekolah bainun) memerlukan pelajar. Saya selidik subjek yang ditawarkan. Nah. Ada subjek computing. Saya cuba mohon. Alhamdulillah mak ayah pun tak menghalang. terima kasih mak terima kasih ayah. I love you.

Saya dapat di tingkatan 6 bainun. Belajar computing, bahasa melayu, sejarah, pengajian perniagaan dan pengajian am.

Mula-mula lelaki ada 4 orang, seorang demi seorang pindah masuk uitm. Jadi tinggallah saya seorang lelaki di tingkatan 6 itu. Dah habis dah pun.

Pengalaman di tingkatan 6 mengenai IT sebenarnya terlalu banyak. Disinilah saya telah belajar macam-macam perkara asas secara terus dari guru computing tingkatan 6 saya. Saya telah belajar guna command di command prompt, format pc, tentang OS, website, internet, Remote pc, database, multimedia, flash, ip address, dan banyak lagi. Asas inilah sebenarnya yang saya belajar IT di universiti selepas itu. Guru saya telah dedahkan awal sebelum saya belajar di u. Alhamdulillah.

Tamat STPM, mohon universiti tempatan nak jadi guru IT jugak macam cikgu computing tu. Tapi satu pun tak lepas. Dapat di UUM sahaja, bidang IT biasa, bukan bidang edu IT. Bersyukur juga, dapat IT ketika itu. Di UUM belajar ijazah it dengan kepujian selama tiga tahun setengah. Major it saya ketika belajar adalah networking. Dah ada sijil CCNA pun.

Saya praktikal di dua tempat. Pertama selama sebulan di Kota Bandung, Indonesia. Yang kedua di Kulim, Kedah selama 5 bulan. Di Bandung kami seramai 10 orang ditempatkan di Telkom Indonesia. Company seperti TM di malaysia ni. Kami 4 orang bahagian RND, membuat kajian mengenai projek Radio 2.0. Alhamdulillah sempat belajar mengenai Lean Startup. Sambut hari raya aidilfitri kali pertama di negara orang. Di kedutaan malaysia, jakarta. Tamat praktikum di sana, sambung selebihnya di Kulim.

Di Kulim, saya praktikum di syarikat Kedah IT Sdn. Bhd.. Projek utama yang saya bangunkan adalah sistem pengurusan bersepadu untuk pejabat tanah kuala muda. Projek ini juga adalah final projek untuk melengkapkan FYP di UUM. Walaupun bidang major saya adalah Networking, namun dalam hal programming seperti bangunkan web sistem beserta database menggunakan MYSQL PHP, saya sudah mahir. Kerana asas programming saya sudah tahu, dan gunakan sejak di sekolah menengah lagi. Sehingga kini saya masih teruskan bangunkan web dan system web base secara sambilan.

Begitulah kisah bermulanya saya berkaitan dunia it ini. 🙂

**Jika anda nak langgan info Percuma dari saya terus ke email anda, sila masukkan nama dan email anda di bawah :

First Name:
Email address:

Terima kasih sudi baca.

Nazri

Kecik-kecik budak pendiam.

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Leave a Comment