Nota cara nak buat dropship di Aliexpress dan Facebook Page

Nota cara nak buat dropship di Aliexpress dan Facebook Page

Step 1. Jauhi jual barang yang berkaitan gadget.

  • Kerana biasanya bakal pelanggan akan tak berpuas hati dengan produk ni.
  • Risiko barang rosak dan nak return tinggi.
  • Kualiti tak sama dengan apa yang dipaparkan di web aliexpress.

Step 2. Buka aliexpress, klik “best-selling”

  • Cari produk untuk wanita sahaja.
  • Kos kurang dari $10. Jadi boleh cas minimum waktu jual nanti $19.99(termasuk la penghantaran).
  • Barang tu tak berat. Sedang-sedang je. Dan tak mudah pecah atau rosak.
  • Ini ciri-cirinya. Menepati ciri-ciri ni, on saje. Cth: beg sandang wanita. Baru $5 kosnya di aliexpress.

Step 3. Gunakan feedback dan rating yang ada di aliexpress untuk idea marketing

  • Tengok apa yang pelanggan puas hati bila dapat barang tu.
  • Apa masalah yang dapat diselesaikan bila jual produk tersebut.
  • Sebab apa berpuas hati dan apa yang pelanggan cakap? Gunakan ia untuk copywriting iklan kita di facebook ads.

Step 4. Belanjakan $5 minimum sehari untuk iklan di fb selama 3 hari.

  • $5 untuk negara khusus seperti, US, UK.
  • Tunggu tiga hari dan analisis hasilnya.

Dalam iklan kita tu.. 

  1. Pecahkan kepada dua iklan dan target pelanggan yang sama. Cth seperti, 25-45 tahun, perempuan, US, fb newsfeed – mobile dengan Desktop sahaja.
  2. Test hanya 1 iklan sahaja untuk setiap set. Bermakna, minimum kena ada 2 iklan berbeza headline dan gambar.
  3. Jika tak dapat jualan dalam tiga hari bukan bermakna anda rugi, tapi anda belajar sesuatu tentang market barangan anda itu.
  • Jika tak dapat sale: tukar produk, guna ads setting yang sama.
  • Jika dapat jualan, tapi sikit, tukar iklan dan ubah target pelanggan.
  • Jika berjaya buat jualan dan berbaloi, besarkan dua kali ganda jumlah kos iklan anda. Contohnya tukarkan kepada $10 sehari.

Nota ini tidak memberi jaminan khusus untuk anda berjaya membuat jualan di facebook. Segalanya bergantung atas usaha anda dan pengalaman anda menguruskan iklan itu untuk lebih berjaya dan berkesan.

Sebarang pertanyaan boleh ke nazri@nazri.my

share kepada rakan anda...Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Email this to someone
email
Print this page
Print

admin

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk berkongsi manfaat kepada usahawan lain. Ruangan ini menempatkan nasihat, buah fikiran, usaha, cara, tips dan panduan hasil lintasan di fikiran serta pengalaman penulis untuk di manfaatkan bersama para pembaca.
Close Menu