Potongan Cukai Bulanan (PCB) II

Potongan Cukai Bulanan (PCB) II

Tahun lepas (18/02/2014), saya ada post mengenai PCB (klik sini untuk lihat), kali ini, lanjutan daripada itu, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai PCB ini lagi.

Nilai PCB ke atas individu boleh dikira @ dirujuk melalui dua kaedah.

Pertama melalui JADUAL yang telah dikeluarkan : 2015 oleh LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA [ Rujuk Sini ] @ [ Rujuk Sini ]

Kedua melalui Kaedah Pengiraan Berkomputer ( GUNA FORMULA ): [ Rujuk Sini ]

Kaedah Pertama [ JADUAL ] hanya boleh digunakan bagi Organisasi @ Syarikat @ Company yang kira gaji pekerja secara manual sahaja. Maksud manual di sini adalah TIDAK MENGGUNAKAN mana2 SISTEM BERKOMPUTER.

Kaedah Kedua [ GUNA FORMULA ] hanya digunakan oleh company @ Syarikat @ Organisasi yang kira gaji pekerja menggunakan SISTEM BERKOMPUTER. Maksud Sistem Berkomputer di sini adalah seperti guna SOFTWARE PAYROLL ke, SAGE PAYROLL ke, UBS PAYROLL ke, apa2 sahaja lah yang menggunakan KIRA gaji guna KOMPUTER, WAJIB –> [ GUNA FORMULA ]…

GUNA FORMULA –> Terdapat 4 kategori Formula yang boleh dikira untuk menentukan kiraan PCB (cukai bulanannya)..

Kerani & HR & Akauntan di setiap Company @ Syarikat @ Organisasi kena tau jugak tentang hal ini.

1. Pemastautin
2. Bukan Pemastautin
3. Program Pekerja Berkepakaran Pulang
4. Pekerja Berpengetahuan

dalam ‘English’ nya pulak :

1. Malaysian @ Resident
2. Non-Malaysian @ Non-Resident
3. Returning Expert Programme
4. Knowledge Worker

ke empat-empat kategori ini menggunakan FORMULA berbeza untuk menentukan Cukai Bulanannya.

Saya cuma ade pengalaman ciput sahaja untuk menjawab Question dari LHDN bagi software PAYROLL mengikut Formula-formula yang telah diberikan. Rujukan dan guide yang saya gunakan sebelum ini hanya website pengiraan cukai bulanan yang LHDN keluarkan [ boleh rujuk sini ]. Alhamdulillah, semua Result Pengiraan dari Payroll berjaya, setelah disemak oleh LHDN sendiri selepas beberapa peringkat. 😛

Terime kasih kepada yang membantu dari awal hingga akhir. Peluang ketahui PCB ini secara mendalam @ detail, Tak semua mereka di luar sana buleh dapat.

Jika ada info mahu dikongsi, jangan segan silu kongsi ya…

Best Regards,
Mohd Nazri Othman

share kepada rakan anda...Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Email this to someone
email
Print this page
Print

1 thought on “Potongan Cukai Bulanan (PCB) II

Comments are closed.