RAHSIA BAGI MENGOPTIMUMKAN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN

RAHSIA BAGI MENGOPTIMUMKAN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN

Setiap perniagaan yang diusahakan MESTI mempunyai harapan yang tinggi, agar perniagaan itu terus maju dan berjaya. Tidak ada peniaga yang ingin melihat perniagaannya musnah kerana hasil jualannya yang semakin sepi.

“Saya bermula sebagai peniaga kecil-kecilan dan menggunakan konsep pre-order. Alhamdulillah, sambutannya sangat menarik sehingga saya dapat menjana pendapatan yang lumayan.” – Puan Aishah, ahli Luna X.

Ramai ahli LUNA X yang tidak pandai berniaga kini sudah pandai mengaut keuntungan setelah menyertai program ini.

Berikut adalah beberapa kaedah yang mampu mereka pelajari di dalam memulakan bisnes mereka. Antaranya:

 

1) Lakukan Analisa Terhadap Nilai Keuntungan

Bagaimana caranya?

Anda perlu mencari nilai untung kasar bagi produk dan perkhidmatan secara berasingan. Kemudian, lakukan analisa terhadap keuntungan kasar bagi setiap bahagian, kategori produk, pembekal atau pelanggan bersesuaian dengan perniagaan anda. Dengan cara ini anda dapat mengenalpasti aktiviti atau produk mana yang memberi keuntungan yang rendah atau lebih menguntungkan.

 

2) Menaikkan Nilai Produk

Perkara yang paling penting di dalam pemasaran ialah memastikan nilai produk atau barang jualan anda sangat baik. Pastikan barangan jualan anda memenuhi kehendak atau menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Nilai ini perlu sentiasa ditonjolkan dalam setiap kempen pemasaran anda. Pastikan anda kreatif dalam menonjolkan nilai barangan anda sehingga pelanggan mudah untuk membuat keputusan membeli. Dengan nilai barang yang dirasai sangat berbaloi oleh pelanggan, mereka tidak akan teragak-agak untuk berbelanja sekaligus anda boleh meletakkan harga jualan anda pada kadar yang agak tinggi

 

3) Memahami Pengurusan Kewangan

Bila memikirkan isu kewangan, perkara pertama yang terlintas semestinya berkaitan untung. Namun, sebelum keuntungan dikira anda perlu faham terlebih dahulu kos perniagaan anda terutamanya CAPEX dan OPEX. Soal untung hanyalah kiraan yang mudah jika anda faham tentang pengurusan kewangan. Biasanya untung kasar ini berubah dari satu produk ke satu produk. Oleh itu, anda perlu ada formula untuk pantau kedudukan untung kasar perniagaan anda.

Formulanya mudah saja!

Hanya perlu tahu sedikit asas matematik untuk buat kiraan peratusan seperti di bawah:

Peratusan untung kasar = (Untung kasar / Jumlah jualan) x 100

Selain itu, maklumat untung kasar dari cash flow perniagaan yang dibuat setiap bulan juga mampu membantu anda untuk mengetahui sama ada kesilapan berlaku atau tidak dalam perniagaan anda. Oleh itu, amat penting untuk anda memahami pengurusan kewangan syarikat anda dan berusaha untuk memastikan semuanya dicatat.

 

4) Bina Sikap Dengan Pelanggan

Sikap anda adalah hak milik anda tetapi untuk menjual dengan hebat, anda harus membuat penyelarasan tingkah laku bergantung kepada keadaan. Anda perlu bersikap ramah semasa membuat jualan kerana ia akan membuatkan pelanggan berasa senang hati untuk membuat pembelian. Secara tidak langsung, pelanggan yang pernah membeli dengan anda pasti akan membeli buat kali kedua dengan anda.

Kesimpulannya, kegagalan dan jatuh bangun dalam perniagaan adalah lumrah dan anda perlulah bersedia dengan semua kemungkinan yang bakal tiba. Di LUNA X semuanya tersedia untuk membantu anda menerokai dunia perniagaan.

 

Mudah dan senang dipraktikkan. Anda boleh pergi ke FB Page Lubuk Shopping China by Nazri untuk dapatkan e-book dengan pakej baru iaitu LUNA X.

share kepada rakan anda...Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Email this to someone
email
Print this page
Print

admin

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk berkongsi manfaat kepada usahawan lain. Ruangan ini menempatkan nasihat, buah fikiran, usaha, cara, tips dan panduan hasil lintasan di fikiran serta pengalaman penulis untuk di manfaatkan bersama para pembaca.
Close Menu