Rezeki Murah Dengan Memohon Keampunan Dosa

Bismillah..

Jika ada terdapat sahabat saya yang masih ada RASA kesempitan rezeki, jom baca dengan rasa rendah diri dan tenang.

.

Allah dah jamin rezeki setiap insan yg lahir kedunia ini dengan kuantiti dan had masing-masing.

.

Mungkin rezeki (beras) untuk saya makan atas dunia ni Allah hadkan hanya 50kg shja. Cukup had, tiba la masa saya kembali terus pada Dia.

.

Allah tangguhkan beri rezeki (wang ringgit, harta, kesembuhan, anak, segala nikmat) mungkin disebabkan kita sendiri yang tak sedia menerima.

.

Faktor utama tak sedia terima adalah disebabkan TIDAK MEMOHON AMPUN pada Allah.

.

Kita ni memasang perisai dan benteng sekeliling kita. Macam mana rezeki nak masuk? Perisai apa yang kita pasang. Yang kukuh sangat tu. Perisai itu adalah PERISAI DOSA. Kita sayang sangat dengan DOSA yang kita buat.

.

Kita tak nak tinggalkan DOSA kita. Taknak meminta ampun dan runtuhkan DOSA kita. Jadi terima jela rezeki ciput cukup2 makan.

.

Saya kongsi ini bukan untuk orang lain. Peringatan buat diri saya sendiri.

.

Pencipta kita siapa? Pemberi Rezeki pada kita siapa? Yang menggerakkan kita siapa? Yang memberi kita bernafas siapa?

Yang mengatur perjalanan dan hidup kita siapa? Yang gerakkan hati kita siapa? Yang boleh mengampunkan dosa kita siapa? Yang boleh tarik balik semua nikmat kita ada sekarang ni siapa? Yang boleh beri bertimbun-timbun nikmat siapa? Kita nak berserah pada siapa sebenarnya? Nak balik nanti jumpa siapa? Segalanya Allah.. Tidak Ada yang lain..

.

…Wahuwa ma’akum ainama kuntum.. al-hadid ayat 4. Dan dia sentiasa bersama kamu(kita semua), walaupun dimana sahaja kita berada..

.

Sama-sama kita peringat hati kita. Kembali balik pada Dia. Dia sayang kita lebih dari segalanya. Kita sahaja yang selalu lalai dan lupa Dia.

.

Allah cipta bulan, matahari, air, angin, pokok, bumi, ikan, ayam, kambing, anjing, gunung, emas, zarah, salji, hujan. Semua untuk kita insan manusia. Bukan untuk jin, bukan untuk azazil, bukan untuk syaitan, bukan untuk malaikat. Semua tu sebab Dia nak tunjuk Kasih dan Sayang Dia. Harap-harap dengan itu, nampak jelas la Kebesaran Dia. Penciptaan dan Kehebatan Dia disebalik proses penciptaan tersebut.

.

Nak rasai sendiri bagaimana Allah beri rezeki tak disangka-sangka. Cuba amal istighfar 1000x sehari. Niat kerana Allah. Mohon faham maksud istighfar tu. Bukan niat kerana nak rezeki. Bukan niat kerana saya suruh@kongsi.

.

Rezeki salah satu penyebab manusia menjadi lalai. Jika tidak Hadirkan Kebesaran Allah, Rasa Dia Dekat dengan kita, Kebergantungan harap dengan Dia, lebih-lebih lagi tidak mengurus tadbir perjalanan hidup yang jauh dari bersyariat.

.

Sekian kali ini. Moga jelas apa yang nak disampaikan.

.

Jumpa lagi di next sharing.

.

Saya dalam usaha bantu bangunkan platform untuk memakmurkan insan manusia. Mohon sahabat Doakan saya. Moga dipermudahkan urusan sahabat semua juga hendaknya.

.

Ikhlas,

Mohd Nazri.

share kepada rakan anda...Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Email this to someone
email
Print this page
Print

admin

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk berkongsi manfaat kepada usahawan lain. Ruangan ini menempatkan nasihat, buah fikiran, usaha, cara, tips dan panduan hasil lintasan di fikiran serta pengalaman penulis untuk di manfaatkan bersama para pembaca.
Close Menu