Sampai Bila kita nak dakwah dan bimbing pasangan dan anak-anak kita?

Sampai Bila kita nak dakwah dan bimbing pasangan dan anak-anak kita?

 

Saya dengar seorang alim.

Dia kata macam mak yang ada anak down sindrom.

Pernah tengok mak yang ada anak down sindrom?

Mungkin Tuan Puan ada anak-anak down sindrom yang dah besar.

Anak dia nak main dekat api.

Main lain tak apa,

Tapi main bahaya mak dia pening.

Mak dia peluk dia kuat-kuat,

Pernah tengok?
Anak dia hantar sekolah ke kelas khas ni,

Anak dia melawan-lawan nak balik,

Pukul mak dia,

Mak dia peluk anak dia.

Cara didik anak-anak ni,

Dia peluk anak dia kuat-kuat.

Ni dekat rumah nak main api,

Anak dia nak main api jugak,

Mak dia tak bagi,

Dia berlari keluar peluk anak dia,

Apa anak dia buat?

Anak dia capai kayu,

Ketuk kepala mak dia,

Kepala mak dia dah calar,

Kena ranting.

Ketuk kepala mak dia kuat-kuat,

Tumbuk-tumbuk mak.

Mana kuat mak,

Anak lelaki dah besar.

Pukul mak, pukul mak, tumbuk mak.

Mak dia peluk anak dia kuat-kuat,

Air mata tak berhenti mengalir,

Dia terus pukul mak dia,

Dia buat macam-macam dekat mak dia,

Tapi mak dia terus peluk anak dia,

Kalau terlepas mak dia berlari kejar balik anak tadi,

Peluk balik.

Biar anak tu pukul dia,

Biar dia berdarah,

Biar dia sakit,

Biar dia susah,

Tapi dia tak nak biar anak dia masuk dalam api yang akan menyakitkan diri dia..

Nabi SAW

Pegang dan peluk kita semua

Macam mak tadi peluk anak dia.

KITA DEGIL kita berlari nak pergi ke neraka jugak.

KITA DEGIL kita sibuk nak buat dosa jugak.

KITA DEGIL kita subuk nak cari yang haram jugak.

KITA DEGIL kita sibuk ingat dalam dunia inilah kebahagiaan.

Kita nak dapat.

Kita kejar tu, kejar ni, lari sana, lari sini.

Tapi rupa bahagia ni ialah bila kita belajar mengenal Allah.

Bila kita belajar mengenal Allah,

Mengasihi ahli keluarga kita,

Sayang pada semua orang dalam dunia.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

BELAJARLAH MENGASIHI KERANA ALLAH…

share kepada rakan anda...Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Email this to someone
email
Print this page
Print