Tanggapan

Tajuk ini sebenarnya umum.

disebabkan saya tak tahu nak letakkan tajuk apa yang lebih sesuai.

Cuma, dalam entry kali ini saya nak kongsikan mengenai apa yang berlaku dua tiga hari ini.

Perkara ini masih tak lekang dalam minda saya.

ada beberapa perkara.

  1. mengenai tabiat atau amalan atau perkara yang sering dilakukan oleh orang tua kita akan terkesan kepada anak-anak.
  2. merindui mak ayah dalam diam
  3. apa amalan yang nak kita tunjukkan dan nak anak kita buat juga
  4. perlukah kita jadi kaya dan kejar dunia?
  5. pengurusan masa yang bagaimana yang patut kita buat atau yang terbaik untuk diri kita?
  6. baca buku atau baca bacaan sumber di internet?

mungkin entry kali ini agak panjang. untuk menghuraikan topik-topik diatas.

saya akan cuba seringkas dan padat yang boleh.

Pertama, Mengenai tabiat atau amalan atau perkara yang sering dilakukan oleh orang tua kita akan terkesan kepada anak-anak.

Ia bermula apabila saya tersedar, mula mengaji di pagi hari sebelum atau sesudah subuh. Pada suatu ketika dahulu, alunan bacaan ayat Suci Al-Quran selalu terngiang-ngiang di telinga pada waktu pagi. di kampung. tempat saya membesar. Setiap pagi ayah selalu mengaji. dulu tak tahu surah apa yang ayah baca. sekarang apabila kita sendiri yang baca, baru kita teringat balik surah inilah yang dibaca ayah setiap pagi. mungkin untuk mengejutkan anak-anak yang tengah lena dibuai mimpi. Antara surah yang selalu didengar adalah surah Al-Waqiah, Surah al-Muzammil, penghujung surah al-baqarah.

Amalan ini akan saya usahakan untuk mujahadah, istiqamah kepada keluarga saya pula. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan.

Kedua, Merindui mak ayah dalam diam.

Siapa yang tak sayang kepada mak ayah kan. begitu juga saya. Kasih mereka, sayang mereka, cinta mereka tidak terkira. mak. ayah. keduanya sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak. anak-anak? adakah begitu juga?

Apabila kita membaca al-quran, niatkan sedekah pahala kepada mak ayah kita. Dalam lubuk hati. rindu mendalam kepada mak ayah. mereka membesarkan kita. selalu teringat kembali sewaktu kita kecil, sewaktu kita sekolah, sewaktu kita dah besar.

Dulu kecik-kecik, mak ayah selalu ajar mengaji pada waktu malam selepas maghrib. bergilir-gilir tunggu giliran adik beradik. solat berjemaah kadang-kadang di rumah. ramai-ramai. namun sekarang tidak berpeluang lagi begitu. masing-masing sudah besar. sudah ada keluarga sendiri. sudah jauh serata malaysia. jarang dapat bertemu, mahupun buat begitu lagi.

kisah lama jadi kenangan..moga amalan dan pahala berpanjangan. jadi bekalan di akhirat kelak.

Ketiga, apa amalan yang nak kita tunjukkan dan nak anak kita buat juga

Amalan yang patut kita lazimi buat bagi saya adalah mengaji Al-Quran, dan membaca buku. Alhamdulillah ayah dulu telah tunjukkan amalan ini secara tak sedar kepada saya sehari-hari sewaktu saya masih lagi kecil. Ayah rajin mengaji di rumah. tak kira waktu pagi atau malam. Apabila saya dah besar. secara tak sedar, kita akan mula terikut buat perkara yang sama ini.

Memang perkara ini nampak mudah dan kecil. tapi sebenarnya hasilnya cukup besar. saya telah cuba dan alaminya sendiri. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana telah memberi hidayah dan jalan kepada saya.

Antara amalan lain yang nak saya kongsikan disini adalah, selalulah amalkan baca surah taha. dapat baca seluruh surah lagi bagus. dan baca juga maksudnya/terjemahannya. buat masa ini saya cuma dapat haraf ayat 1 – 8 sahaja. hmm. nampak sangat saya kurang usaha kan.. disebalik surah taha ini ada kisahnya. Saidinar umar al khatab, masuk islam setelah mendengar/membaca surah taha ini. hatinya jadi lembut. anda boleh ikuti kisah ini juga di youtube.

Amalan lain yang kita boleh usaha untuk buat adalah, baca surah hud, ayat 52. Jadikan amalan seharian. Doa ini saya juga amalkan. saya dapat daripada seorang ustaz. Doa untuk Allah beri kekuatan keatas kekuatan yang kita sedia ada.

Al-Quran, panduan hidup. kita kena amalkan dan hayatinya. Moga anak-anak kita juga akan mengikut jejak langkah baik yang kita buat.

Keempat, Perlukah kita kaya dan kejar dunia?

Saya tak pandai nak huraikan topik ini. namun topik ini yang telintas beberapa kali di benak saya. Pernah dulu seorang ustaz ini kata, kita perlu kejar akhirat, kelak dunia akan ikut kita secara tak langsung. Saya setuju dengan hal ini. bila kita dekat dengan Allah, Allah akan bertambah dekat dengan kita.

Di suatu ketika lain, saya pernah mendengar, kita kena usaha sesuatu pekerjaan itu, buat sehingga selesai, dan jika telah selesai, berpindahlah, buat lah perkerjaan yang lain pula. yang hendak ditekankan disini adalah kita hendaklah fokus melalukan sesuatu pekerjaan itu. buat sehingga selesai. jangan buat berbagai pekerjaan dalam satu-satu masa.

Berbalik pada tajuk, ramai dari golongan sahabat terdiri daripada usahawan-usahawan, peniaga dan pedagang yang hebat-hebat. bagaimana mereka buat? bagaimana mereka berjaya? kita kena contohi mereka.

mungkin 7 perkara ini dapat jadikan panduan buat kita :

  1. ikhlas laksanakan pekerjaan kita.
  2. usaha sungguh-sungguh
  3. terus buat sehingga berjaya.
  4. tidak putus asa ditengah jalan.
  5. perancangan dan struktur perjalanan kerja kena jelas dari awal hingga akhir.
  6. akhlak, tunjukkan akhlak yang baik kepada semua termasuk kanak-kanak hingga orang lebih tua.
  7. ilmu sentiasa kena cari, setiap masa.

kelima, pengurusan masa yang bagaimana yang patut kita buat atau yang terbaik untuk diri kita?

Masa, satu makhluk Allah. bila dah berlalu pergi, tak dapat nak kembali lagi. tak dapat nak patah balik.

Kita kena tahu nilai sesuatu masa kita. Jika nilai masa kita mahal, kita akan lebih hargai masa kita. Jika harga masa kita murah, kita tak ambil kisah buang masa, tak kisah buang masa.

Jika 1 jam harga masa kita lebih mahal, kita tak akan bazirkan masa.

Bagaimana nak tingkatkan nilai masa kita? bagaimana nak jadikan masa kita lebih mahal? supaya kita hargai masa kita?

langkah ini dapat tingkatkan nilai masa kita(naikkan income kita) :

  1. Naikkan nilai diri kita
  2. Tingkatkan pengetahuan kita
  3. Buat lebih banyak kerja
  4. Aplikasikan ilmu yang ada. kongsikan ilmu yang ada.

Income akan naik selepas beberapa ketika. Tahu adalah langkah pertama. selepas kita tahu, kena buat apa yang kita tahu itu, supaya masa kita terisi dan income kita akan naik beberapa ketika selepas kita buat perkara yang kita tahu tu.

Keenam, yang terakhir baca buku atau baca bacaan dari sumber internet?

Keduanya ada kebaikan tersendiri. terpulang. ikut keselesaan masing-masing. mengikut pengalaman saya. baca bacaan buku fizikal lebih santai dan lebih berkesan. kerana tidak ada gangguan lain seperti mana di internet. di internet kebanyakkannya ada iklan sampingan. itu boleh membuat hilang fokus dalam bacaan secara tidak langsung.

jika perlukan info dan maklumat yang ringkas dan cepat, sumber di internet adalah yang terbaik. kerana tahap capaian maklumat tu cepat dan mudah. keduanya adalah baik, yang penting kita kena selalu membaca.

note : buku juga dah ada dalam bentuk elektronik. orang panggil ebook. boleh dalam format pdf, epub dan lain-lain lagi. dah tak jadi masalah untuk kita akses kepada ilmu. yang penting kita kena rajin membaca. 🙂

 

Sekian, terima kasih.

harap bermanfaat.

It's only fair to share...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn

Leave a Comment