Teknik Mencari Kerja

Teknik Mencari Kerja

naz (26)

Mesti ramai rakan-rakan yang masih mencari-cari pekerjaan atau tempat untuk latihan industri pada masa sekarang. Pada sesiapa yang masih tercari-cari kerja kosong, saya akan berkongsi kali ini mengenai cara mendapat pekerjaan yang kita minat. Berikut adalah 2 teknik yang saya gunakan untuk mendapatkan perkerjaan.

1. Mencari Kerja menggunakan Google Maps

Adakah anda tahu boleh mencari pekerjaan menggunakan Google Maps? Jangan pelik, ini adalah kelainan dan peluang yang saya nampak semasa mencari pekerjaan. Company yang stabil ( astablish )  biasanya pasti boleh dilihat/dicari melalui Google Maps. Caranya mudah sahaja. Mula-mula, buka bandar/ negeri yang anda ingin bekerja di Google Maps. Selepas itu, zoomkan lagi sehingga kelihatan company/syarikat/organisasi di dalam google maps ini. Apabila anda klik ke company itu, akan keluar detail seperti website, alamat, nombor telefon dan sebagainya. Buka dan perhatikan company tersebut sama ada ok atau tak ok untuk anda bekerja disitu. Jika anda berminat bekerja di company tersebut, hantar resume + applycation letter ke company tersebut ( saya sarankan guna Email ).

Teknik mencari pekerjaan menggunakan google maps ini juga berkesan pada sesiapa sahaja termasuk bagi pelajar yang ingin membuat latihan industri(LI) atau Praktikel ( internship ) kerana kita akan mencari company yang betul-betul ikut kehendak kita ( dekat dengan rumah, ikut kos, elaun ada ke tak dan lain-lain ). Jadi, hantarlah sebanyak mungkin email ke company – company yang anda minat tu. Semakin banyak application yang anda hantar, semakin tinggi peluang anda untuk dapat kerja. Nak kerja kan? Usaha ye.

2. Selalu Lihat Jawatan Kosong Di Blog atau Website iklan Jawatan Kosong.

Pada masa sekarang, terdapat banyak blog yang paparkan jawatan kosong terkini. Anda hanya kena rajin buka dan cari pekerjaan yang berkaitan dengan diri anda ( jawatan yang layak dengan diri anda ). Di sini saya sarankan rajin-rajinlah buka mudah.my + db.jobstreet.my dan blog iklan jawatan kosong ( banyak sangat, nak tau? pm takpun tanye google je ). Setelah dapat maklumat jawatan kosong tu, Apply terus. Jangan tangguh-tangguh lagi. RESUME dan SURAT MOHON KERJA tu wajib la bagi saya untuk sebarang permohonan kerja, jikalau hantar Resume sahaja, biasanya Company tak layan. Resume juga hendaklah kemas, ringkas dan padat.

Sebarang permohonan kerja melalui email, biasanya akan dihubungi melalui email juga. Cuma kadang-kadang company tu akan hubungi terus melalui telefon. Jadi, anda kena rajin menyemak email anda minimum 1 kali sehari. Jika anda dihubungi melalui email, anda hendaklah menggunakan bahasa yang formal kerana ini adalah urusan rasmi ( JANGAN gunakan shortform/tulisan ringkas-ringkas + bahasa rojak ).

Apa jua pekerjaan yang anda minta, niatkan untuk beribadat dan mencari sumber rezeki yang halal. Jangan semata-mata untuk mendapatkan duit sahaja. Jika dapat Gaji, jangan dilupakan ibu bapa yang membesarkan kita. Tak beri banyak, sedikit pun jadilah. InsyaAllah berkat rezeki dan bertambah lagi akan datang.

USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN

Ok nazri harap, anda semua mendapat pekerjaan yang anda impikan. Sekian, Terima kasih.

Ikhlas daripada,

MOHD NAZRI OTHMAN

http://nazri.my

share kepada rakan anda...Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Email this to someone
email
Print this page
Print

admin

Penulis ialah seorang usahawan yang berusaha untuk berkongsi manfaat kepada usahawan lain. Ruangan ini menempatkan nasihat, buah fikiran, usaha, cara, tips dan panduan hasil lintasan di fikiran serta pengalaman penulis untuk di manfaatkan bersama para pembaca.
Close Menu