Tentang kanak kanak

Tentang kanak kanak

 

Bila mana disebutkan mengenai kanak-kanak, budak kecik, baby, bayi kita akan rasa, perasaan sayang. Kenapa? fitrah dalam diri kita begitu. Kita juga pernah lalui usia kanak-kanak suatu ketika dahulu.
Zaman kanak-kanak boleh dikatakan cukup pantas berlalu. Fasa ini melibatkan pelbagai aktiviti pembelajaran dan perkembangan fizikal dan mental. 🙂

Antaranya kanak-kanak belajar menangis, memerhatikan ibu ayah, belajar memusingkan badan, belajar meniarap, belajar bergerak dalam keadaan mengesot, belajar merangkak, belajar berdiri, belajar mencapai sesuatu untuk bermain, belajar untuk bercakap dengan mengajuk percakapan ibu ayah, dan pelbagai lagi proses pembelajaran dan perkembangannya. Setiap apa yang dilakukan oleh kanak-kanak pada fasa ini adalah melibatkan pembelajaran fizikal iaitu pergerakan tubuh badan dan pembelajaran mental iaitu emosi, rohani dan otak.

Di dalam agama islam, kita dituntut untuk mengasihani setiap makhluk termasuklah orang dewasa, remaja dan kanak-kanak. 🙂
Kanak-kanak perlu dididik dengan kasih sayang. Diberi bimbingan dan tunjuk ajar dengan akhlak yang baik. Mengajar untuk mengenal Pencipta Sekalian Makhluk iaitu Allah. Dan mendedahkan contoh terbaik daripada Rasulullah S.A.W. Rasul junjungan kita. Serta menceritakan kisah-kisah tauladan daripada sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W.

Moga hasil daripada usaha kita yang berterusan akan menjadikan kanak-kanak kita ini dikalangan orang yang beriman, soleh, musleh dan musolleh. Amin. InsyaAllah Syurga Firdaus impian kita semua kelak tercapai. 🙂

share kepada rakan anda...Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Email this to someone
email
Print this page
Print